Wednesday, 30 January 2013

NUR FARAH NABILA BINTI ZAILANI


            Assalamualaikum.....


"You know my name but not my story, stop judging me unless if you're really know all the things about me"

   There's nothing special about the title of this entry. Itu cuma nama penuh aku yang diberi oleh kedua orang tuaku. "Cahaya kegirangan yang cerdik" adalah maksud Nur Farah Nabila dalam islam. Alhamdulillah, terima kasih mama, ayah. I do appreciate it for that wonderful name. Actually, tak de kaitan pon sebenarnya nama penuh aku dengan entry yang cuba aku sampaikan kali ni. :)
 
The thing yang aku nak kongsi bersama adalah berkaitan dengan 'phrase' yang ada dekat atas tu. The main point is "STOP JUDGING PEOPLE". As human being, aku pon tak pernah lari dari perbuatan mudah menilai orang, bila kita berjumpa dengan ramai orang, banyak ragamnya. Mudah je aku menilai orang, tapi bila umur dah menganjak dewasa baru aku mengerti tentang semua tu. Aku sentiasa mengingatkan diri aku "siapakah aku untuk menilai seseorang" tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi Allah ni. Lagikan aku? hanya manusia biasa yang tak pernah lari daripada membuat dosa, lagi mahu menilai dan menghukum hamba Allah yang lain? Siapalah aku...

 Selain tu, jangan disangka seseorang yang sentiasa melemparkan senyuman, sentiasa tertawa tu tak ada masalah. Mungkin mereka sedang menyembunyikan perkara yang sangat memedihkan, tapi hakikatnya merekalah orang yang kuat dan tabah. Masih mampu tersenyum walaupun sedang diuji. That's the reason why, kita tak boleh semudah tu menilai seseorang jika kita masih belum mengenali si dia, bak kata pepatah "Tak kenal, maka tak cinta".  :) 


   Aku akui aku bukanlah seorang yang 'baik' , tapi sekurang-kurangnya aku mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk diriku dan keluargaku. Kadang-kadang bila diuji dengan perkara sebegitu, dibenci tanpa sebab, aku hanya mampu diam daripada berkata-kata. Bukankah diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tak berfaedah? Tapi kadang kala air mata lah yang hanya mampu menjadi peneman tatkala aku tak mampu menahan perasaan apabila ada hamba Allah yang sentiasa mencari kesalahanku, tanpa aku tahu apa kesalahanku. Keep praying and keep positive thinking yang sentiasa buat aku kuat. Aku yakin Allah sentiasa ada disisi aku. Allah sentiasa membantu aku. Dipertemukan dengan sahabat yang baik, sahabat yang sentiasa memberi kata semangat makes me feel more stronger to face all the problem. :D
 
 Rasanya macam dah banyak sangat aku celoteh untuk entry kali ni. Haaa. Semoga entry ni dapat dijadikan pedoman untuk kita semua. :)

     Firman Allah :
 (maksudnya), “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah
ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang
daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu
kamu berasa jijik...”(Surah al-Hujurat ayat: 12).



              Thanks for reading...



 

No comments:

Post a Comment