Tuesday, 2 April 2013

Singing competition 30March

On 30March13, i've joined singing competition in my polytecnic. It was really such a wonderful experience, and guess what? Fain dapat tempat ketiga untuk kategori solo dan juara untuk kategori duet. Alhamdulillah.Thanks for syahir sebab sudi nak berduet dgn fain. Hahaha. The main reason kenapa fain nak masuk this competition adalah hadiah menang selain hamper, pemenang akan mewakili poli ke politeknik seberang prai,pulau pinang(PSPPP) untuk peringkat kebangsaan pulak. Takkan fain nak sia-siakan peluang ni kan? That's the reason why la fain join ni? Hee :) Act pertandingan ni bertemakan lagu2 P.ramlee. So hari tu, bagi kategori solo fain nyanyi lagu daripada Allahyarhamah Saloma iaitu Apa guna berjanji and for duet category fain nyanyi lagu Malam bulan dipagar bintang. Btw baju yg fain pakai hari tu adalah fully sponsor by dalilah. Thank you so much my perunding pakaian. ♥ Last but not least, kalau betul la fain kena jadi wakil politeknik fain ni untuk ke PSPPP, doakan fain berjaya ye. Thanks guys. Much love. XOXO. Bye :*

Wednesday, 30 January 2013

NUR FARAH NABILA BINTI ZAILANI


            Assalamualaikum.....


"You know my name but not my story, stop judging me unless if you're really know all the things about me"

   There's nothing special about the title of this entry. Itu cuma nama penuh aku yang diberi oleh kedua orang tuaku. "Cahaya kegirangan yang cerdik" adalah maksud Nur Farah Nabila dalam islam. Alhamdulillah, terima kasih mama, ayah. I do appreciate it for that wonderful name. Actually, tak de kaitan pon sebenarnya nama penuh aku dengan entry yang cuba aku sampaikan kali ni. :)
 
The thing yang aku nak kongsi bersama adalah berkaitan dengan 'phrase' yang ada dekat atas tu. The main point is "STOP JUDGING PEOPLE". As human being, aku pon tak pernah lari dari perbuatan mudah menilai orang, bila kita berjumpa dengan ramai orang, banyak ragamnya. Mudah je aku menilai orang, tapi bila umur dah menganjak dewasa baru aku mengerti tentang semua tu. Aku sentiasa mengingatkan diri aku "siapakah aku untuk menilai seseorang" tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi Allah ni. Lagikan aku? hanya manusia biasa yang tak pernah lari daripada membuat dosa, lagi mahu menilai dan menghukum hamba Allah yang lain? Siapalah aku...

 Selain tu, jangan disangka seseorang yang sentiasa melemparkan senyuman, sentiasa tertawa tu tak ada masalah. Mungkin mereka sedang menyembunyikan perkara yang sangat memedihkan, tapi hakikatnya merekalah orang yang kuat dan tabah. Masih mampu tersenyum walaupun sedang diuji. That's the reason why, kita tak boleh semudah tu menilai seseorang jika kita masih belum mengenali si dia, bak kata pepatah "Tak kenal, maka tak cinta".  :) 


   Aku akui aku bukanlah seorang yang 'baik' , tapi sekurang-kurangnya aku mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk diriku dan keluargaku. Kadang-kadang bila diuji dengan perkara sebegitu, dibenci tanpa sebab, aku hanya mampu diam daripada berkata-kata. Bukankah diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tak berfaedah? Tapi kadang kala air mata lah yang hanya mampu menjadi peneman tatkala aku tak mampu menahan perasaan apabila ada hamba Allah yang sentiasa mencari kesalahanku, tanpa aku tahu apa kesalahanku. Keep praying and keep positive thinking yang sentiasa buat aku kuat. Aku yakin Allah sentiasa ada disisi aku. Allah sentiasa membantu aku. Dipertemukan dengan sahabat yang baik, sahabat yang sentiasa memberi kata semangat makes me feel more stronger to face all the problem. :D
 
 Rasanya macam dah banyak sangat aku celoteh untuk entry kali ni. Haaa. Semoga entry ni dapat dijadikan pedoman untuk kita semua. :)

     Firman Allah :
 (maksudnya), “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah
ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang
daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu
kamu berasa jijik...”(Surah al-Hujurat ayat: 12).



              Thanks for reading...



 

Tuesday, 8 January 2013

THANKS FOR THE MEMORIES! :)

Honestly, I miss our relationship! We laughed together, taking care of each other, study and watching movie together. I miss all of that. But now, we are like a stranger. Theres are quote saying "people change, memories don't" :) Satu perkara biasa dalam setiap hubungan pasti akan ada berlakunya pertelingkahan dan yeahhh persahabatan kami pon tak terlepas dengan dugaan tu. Berperang mulut, selisih faham, tarik muka dah macam adat bila bergaduh.. Haaaa. Bila ingat balik semua tu rasa sebak, gembira, semua emosi bercampur baur. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Hanya Allah yang tahu betapa aku rindukan semua tu. Apa yang mampu buat aku sebak bila aku teringat macam mana mereka mula hilang dari hidup aku dulu, aku akui mereka la yang menjadi tulang belakang aku selama aku jauh dari keluarga aku sampai la ke hari ni. Mereka lah yang banyak membantu aku. Tapi disebabkan EGO!aku tak mampu nak lafazkan macam mana takutnya aku kehilangan mereka. Walaupon kita dah kembali seperti biasa, tapi hubungan tu dah semakin janggal. Sue dengan aiya masing masing dah ada kawan baru yang lebih baik dari aku. Aku tumpang gembira untuk diaorang. Lagipon kalau ini dah memang dugaan yang harus aku terima, aku redha. Aku bukan sesiapa yang mampu untuk mengubah takdir tuhan.  Mulai dari sekarang aku kena bangkit sendiri dan cuba untuk memulakan hidup baru tanpa mereka, THANKS FOR ALL THE MEMORIES friends! Aku takkan pernah lupakan kenangan manis tu semua :)

Monday, 7 January 2013

First week of January 2013

THIS IS MY FIRST ENTRY. Hi! I'm newbie here :) . Pejam celik, pejam celik rupanya dah seminggu bulan januari untuk tahun baru(2013) ni berlalu. Tak ada apa yang berlaku. Pergi kelas macam biasa, jumpa kawan2 sepoli. Thats it, theres nothing special happened to me. Hmm.. Berharap hari seterusnya akan menjadi hari yang lebih istimewa. InsyaAllah :)